Us. Wan Ismail (Pengarah Urusan WANIS) sedang menerima anugerah dan darjah kebesaran daripada DYMM Seri Paduka Sultan Salahudin sewaktu beliau berkhidmat di bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (KESUMA) JAKIM.
Pengarah Urusan WANIS juga merupakan imam jurunikah. Beliau sedang menjalankan acara akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Us. Wan Ismail juga merupakan Pegawai Nasihat Keluarga yang dilantik oleh JAKIM, Jabatan Perdana Menteri. Bagi pasangan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kekeluargaan bolehlah menemui beliau di Masjid Negara (Hari Isnin, jam 2.30 - 4.30 petang) dan di Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq (Hari Jumaat, jam 10.00 pagi - 12.00 tengah hari). Khidmat nasihat ini disediakan secara percuma sahaja kepada orang ramai.