Image by FlamingText.com

Selamat Datang ke Gerbang Perkahwinan Wanis



Temui kami dan alami sendiri keseronokan dan kemeriahan berkursus di sini. Kami juga menyediakan perkhidmatan kaunseling/khidmat nasihat keluarga secara PERCUMA kepada para peserta. Sesi ini akan dikendalikan sendiri oleh Yang Berbahagia Us. Wan Ismail (Pengarah Urusan Pusat Kursus Wanis). Beliau merupakan salah seorang Pegawai Khidmat Keluarga yang dilantik oleh JAKIM, Jabatan Perdana Menteri.

Pusat Kursus Perkahwinan Pilihan Ramai...

Image by FlamingText.com
Pusat Kursus Wanis memberi kursus kepada bakal-bakal pengantin baru yang akan mendirikan rumah tangga. Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga adalah dikehendaki menjalani Kursus Pra Perkahwinan yang berasaskan modul MBKPPI. Sijil kursus dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan sah digunakan seumur hidup serta diakui di semua negeri di Malaysia. Yuran kursus yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah setakat ini ialah RM 80.

Dewan kursus selesa dan berhawa dingin. Boleh menempatkan 150 orang peserta dalam satu sesi. Surau yang berasingan untuk peserta lelaki dan wanita juga disediakan untuk keselesaan peserta menunaikan solat.

Keselesaan anda adalah keutamaan kami!!!


Kursus Kahwin Profesional

Tak Kenal Maka Tak Cinta
Us. Wan Ismail (Pengarah Urusan WANIS) sedang menerima anugerah dan darjah kebesaran daripada DYMM Seri Paduka Sultan Salahudin sewaktu beliau berkhidmat di bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid (KESUMA) JAKIM.


Pengarah Urusan WANIS juga merupakan imam jurunikah. Beliau sedang menjalankan acara akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Image by FlamingText.com

Us. Wan sedang menyampaikan ceramah kepada para peserta.


Us. Wan Ismail juga merupakan Pegawai Nasihat Keluarga yang dilantik oleh JAKIM, Jabatan Perdana Menteri. Bagi pasangan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan kekeluargaan bolehlah menemui beliau di Masjid Negara (Hari Isnin, jam 2.30 - 4.30 petang) dan di Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq (Hari Jumaat, jam 10.00 pagi - 12.00 tengah hari). Khidmat nasihat ini disediakan secara percuma sahaja kepada orang ramai.

Artis dan Kursus Kahwin...


 Fizo dan Mawar


 DIANA AMIR

 
 
ATILIA

Image by FlamingText.com
Norul Iman A. Rahman (Boy)


Ashraf Muslim


Bienda dan bakal suami (berdiri)


Faizal dan Siti Nordiana


Nor Zizie Zulkifli dan Bayu Utomo Radjikin
Zulhuzaimy Marzuki dan Nor Dalilah

Jadual Kursus

Hari Sabtu
10.00 - 12.00 t/hr    :   Ibadat dan Akidah
12.00 - 1.30 t/hr      :   Prosedur Perkahwinan dan Pembubaran Perkahwinan
1.30 - 2.30 t/hr        :   Makan tengah hari dan solat Zohor
2.30 - 4.30 petang   :   Perkahwinan dalam Islam dan Akhlak
4.30 - 5.00 petang   :   Minum petang dan Solat Asar
5.00 - 7.00 petang   :   Hubungan Dalam Keluarga dan Peng. Konflik Suami Isteri

Hari Ahad
9.00 - 10.30 pagi :   Peng. Kesihatan dan Peng. Stress
10.30 - 11.00 pg     :   Minum pagi
11.00 - 1.00 t/hari   :  Komunikasi Suami Isteri dan Peng. Kewangan



Kursus turut diadakan pada hari Rabu dan Khamis.
Waktu kursus dijalankan sama dengan hari Sabtu dan Ahad.




****HANYA DI WANIS SAHAJA KURSUS DIADAKAN PADA HARI RABU DAN KHAMIS.****

SURAU UNTUK PESERTA LELAKI
SURAU UNTUK PESERTA WANITA


Dua bilik surau yang berasingan di sediakan untuk peserta lelaki dan peserta wanita. Dewan kursus juga selesa dan berhawa dingin serta boleh menempatkan seramai 150 orang peserta dalam satu masa.


PROSEDUR PERKAHWINAN

Pemohon lelaki


1. Dapatkan borang permohonan nikah dari pejabat agama yang berhampiran dengan tempat tinggal.

2. Lengkapkan borang permohonan nikah dan sediakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan. (Rujuk pada senarai semak yang diberikan bersama borang permohonan)

3. Jumpa imam jurunikah di tempat tinggal anda untuk mendapatkan tandatangan dan pengesahan.

4. Serahkan semula borang yang telah lengkap ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan untuk diproses.

5. Dapatkan surat kebenaran berkahwin untuk diserahkan kepada pihak perempuan untuk proses permohonan nikah.

Pemohon perempuan

1. Dapatkan borang permohonan nikah dari pejabat agama yang berhampiran dengan tempat tinggal.

2. Lengkapkan borang permohonan nikah dan sediakan semua dokumen yang diperlukan. (Rujuk pada senarai semak yang diberikan bersama borang permohonan)

3. Jumpa imam jurunikah di tempat tinggal anda untuk mendapatkan tandatangan dan pengesahan. Pemohon perempuan dikehendaki membawa wali bersama-sama dan borang permohonan hendaklah ditandatangani di hadapan imam jurunikah.

4. Serahkan semula borang yang telah lengkap ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan untuk diproses dan kepilkan bersama-sama surat kebenaran berkahwin daripada pihak lelaki.

5. Dapatkan surat kebenaran berkahwin untuk diserahkan kepada imam jurunikah atau kadi yang akan menjalankan upacara akad nikah.

RUKUN NIKAH

1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan
3. Akad (Ijab dan Qabul)
4. Wali
5. Dua orang saksi

HUKUM NIKAH

1. Wajib
Apabila seseorang itu cukup syarat, mampu dan keinginannya
sangat tinggi untuk beristeri kerana ditakuti boleh membawa
kepada pekerjaan zina

2. Sunat
Apabila seseorang itu cukup syarat, mempunyai keinginan dan
suka mendapatkan seorang isteri.

3. Makruh
Apabila seseorang itu tidak gemar, tiada kemampuan,
berpenyakit, sudah tua, mati pucuk dan lain-lain.

4. Haram
Apabila seseorang itu tidak mampu, tidak cukup syarat,
membalas dendam kepada perempuan atau bernikah daripada
empat.

5. Mubah

Apabila seseorang itu cukup syarat, berkemampuan tetapi bolah menghindarkan daripada melakukan perzinaan atau juga harus menghimpunkan sehingga empat orang isteri dalam satu masa.