Image by FlamingText.com

SURAU UNTUK PESERTA LELAKI
SURAU UNTUK PESERTA WANITA


Dua bilik surau yang berasingan di sediakan untuk peserta lelaki dan peserta wanita. Dewan kursus juga selesa dan berhawa dingin serta boleh menempatkan seramai 150 orang peserta dalam satu masa.


PROSEDUR PERKAHWINAN

Pemohon lelaki


1. Dapatkan borang permohonan nikah dari pejabat agama yang berhampiran dengan tempat tinggal.

2. Lengkapkan borang permohonan nikah dan sediakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan. (Rujuk pada senarai semak yang diberikan bersama borang permohonan)

3. Jumpa imam jurunikah di tempat tinggal anda untuk mendapatkan tandatangan dan pengesahan.

4. Serahkan semula borang yang telah lengkap ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan untuk diproses.

5. Dapatkan surat kebenaran berkahwin untuk diserahkan kepada pihak perempuan untuk proses permohonan nikah.

Pemohon perempuan

1. Dapatkan borang permohonan nikah dari pejabat agama yang berhampiran dengan tempat tinggal.

2. Lengkapkan borang permohonan nikah dan sediakan semua dokumen yang diperlukan. (Rujuk pada senarai semak yang diberikan bersama borang permohonan)

3. Jumpa imam jurunikah di tempat tinggal anda untuk mendapatkan tandatangan dan pengesahan. Pemohon perempuan dikehendaki membawa wali bersama-sama dan borang permohonan hendaklah ditandatangani di hadapan imam jurunikah.

4. Serahkan semula borang yang telah lengkap ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan untuk diproses dan kepilkan bersama-sama surat kebenaran berkahwin daripada pihak lelaki.

5. Dapatkan surat kebenaran berkahwin untuk diserahkan kepada imam jurunikah atau kadi yang akan menjalankan upacara akad nikah.

RUKUN NIKAH

1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan
3. Akad (Ijab dan Qabul)
4. Wali
5. Dua orang saksi

HUKUM NIKAH

1. Wajib
Apabila seseorang itu cukup syarat, mampu dan keinginannya
sangat tinggi untuk beristeri kerana ditakuti boleh membawa
kepada pekerjaan zina

2. Sunat
Apabila seseorang itu cukup syarat, mempunyai keinginan dan
suka mendapatkan seorang isteri.

3. Makruh
Apabila seseorang itu tidak gemar, tiada kemampuan,
berpenyakit, sudah tua, mati pucuk dan lain-lain.

4. Haram
Apabila seseorang itu tidak mampu, tidak cukup syarat,
membalas dendam kepada perempuan atau bernikah daripada
empat.

5. Mubah

Apabila seseorang itu cukup syarat, berkemampuan tetapi bolah menghindarkan daripada melakukan perzinaan atau juga harus menghimpunkan sehingga empat orang isteri dalam satu masa.